Friday, February 17, 2023
Sunday, March 10, 2013
Bersarapan bersama kawan-kawan
Rutin waktu pagi kalau tak ada kelas.. Bersarapan.. Berborak isu negara.. Bergurau.. Seronok bersama kawan-kawan..
Monday, November 26, 2012
Bermulanya episode kehidupan yang baru
5 Muharram 1434.. Genap umurku 40 tahun.. Ketika diumur inilah Rasulullah S.A.W diwahyukan dan dilantik menjadi Rasul.. Bagi diri ini ia adalah titik perubahan diri kepada yang lebih baik dan lebih dekat dengan Allah inshaAllah.. Mudah2an diri ini terus didalam hidayah Allah dan bimbinganNya..
Sunday, April 18, 2010
KAMI DAN RUMAH


Feb 2003 hingga Dis 2003
Rumah pertama kami duduki setelah berumahtangga. Sewanya hanya RM 250 . Terletak dilereng bukit bersebelahan dengan SAMSES. Bila tengahari panas membahang. Bila subuh sejuk hingga menusuk ke tulang. Bila hujan lebat air keluar dari bawah simen membasahi dapur. Waktu ini Wijdan masih dalam kandungan.


Jan 2004 hingga Mei 2008
Di tingkat satu bilik Warden Aspura. Kalau budak2 bermain kat atas panas aje hati, bising hentakan kaki kedengaran mengganggu ketenteraman jiwa. Apa boleh buat demi tugas sbg warden. Di sini Wijdan dibesarkan hingga umurnya 4 tahun.


Jun 2008 hingga Dis 2008
Bermula episod baru dalam hidup kami. Bersara sebagai Warden dan tinggal dirumah sendiri. Disini ketenangan hidup kami lalui, bebas dari tanggungjawab sebagai Warden yang amat menaikkan darah tinggi. Walaubagaimanapun hanya 6 bulan kami di sini sebelum dapat bertukar ke Klang demi tanggungjawab terhadap ayah dan bonda. Alhamdulillah hidup semakin tenang dan mudah-mudahan mendapat keredhaan Allah.
Saturday, March 13, 2010
Jamuan Perpisahan SAMSES


13 Mac 2010.. Walaupun telah lebih setahun pemergian ku dari bumi SAMSES.. Ingatan mereka masih terpahat buat ku.. terima kasih dariku dan isteri kerana menjemput dan mengingati kami.. ukhwah ini akan terus terjalin hingga akhir hayat ini.. Tak akan ku lupa kenangan 8 tahun di sana.. Kenangan ku bertemu sidia yang sekarang menjadi permaisuri hidupku... Kenangan membesarkan anakku di bilik warden asrama selama 4 tahun.. Kenangan bersama rakan-rakan seperjuangan tercinta, kenangan bersama pelajar2 yang nakal dan baik.. Itu semua tidak akan ku lupa hingga ke akhir hayat ku ini.. Itulah bumi pertama ku jejak sebagai seorang PENDIDIK..
Tuesday, March 9, 2010
Saturday, March 6, 2010
Sambutan Maulidurrasul Peringkat SAMTTAR

Selamat menyambut hari kelahiran rasul atau kebiasaannya org2 kampung sebut sebagai 'mulud nabi' , apapun istilah yang digunakan yang penting adalah rasa kecintaan kita terhadap rasulallah, setakat mana kita letakkan kekasih Allah ini dalam diri kita? kita kata cinta dan sayang pada rasul , kita kata kita ikut sunnah rasul tetapi pada waktu yang sama kita tolak ajaran yang dibawa oleh nabi , ambil yang mana mudah bagi kita dan tolak perkara yang rasa menyusahkan kita.dimanakah kita letakkan diri kita sebagai seorang yang bernama muslim .kita bersolat , kita berzakat, kita berpuasa , waktu yang sama kita suka menipu orang lain , melaga-lagakan orang sehingga tercetus pergaduhan, manakah nilai keislaman kita? marilah sama-sama kita hayati sirah nabi dan bukan sekadar perarakan menyambut kelahiran nabi . Allahu Akbar!
Subscribe to:
Posts (Atom)